loading...

Najib Sampaikan Zakat Kepada 6,264 Penerima Di Pekan

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan amalan mengagihkan sumbangan zakat kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan mereka yang layak dalam Parlimen ini yang diwakili beliau sempena ketibaan Ramadan.

 

Seramai 6,264 orang menerima zakat berkenaan dalam majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

 

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

Zakat yang keseluruhannya berjumlah RM1.72 juta itu antaranya disumbangkan oleh Bank Rakyat, Naza Corporation Holdings, UDA Holdings Berhad, Roadcare (M) Sdn. Bhd., Lembaga Tabung Haji, Affin Islamic Bank dan SME Bank.

 

Berucap dalam majlis itu, Perdana Menteri berkata, pemberian zakat amat penting kerana dapat membentuk keperibadian mulia supaya tidak terbawa-bawa dengan sikap takbur dan terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa asas agama, kesyukuran serta hubungan dengan manusia.

 

“Konsep zakat antaranya untuk menegakkan prinsip keadilan sosial dalam masyarakat supaya tidak wujud jurang besar antara orang miskin dan kaya,” katanya. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...