loading...

Lionel Messi Umum Bersara Selepas Argentina Tewas Kepada Chile

BINTANG bola sepak dunia, Lionel Messi mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan Argentina selepas pasukannya tewas kepada Chile pada final Copa America, Isnin.

 

Daily Mail melaporkan, penyerang Barcelona berusia 29 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti  yang menyumbang kepada kekalahan Argentina.

 

Dalam perlawanan akhir Di Stadium MetLife, Aregntina tewas 4-2 dalam penentuan penalti selepas kedudukan terikat 0-0.

 

“Itu sahaja. Ia berlaku dalam empat perlawanan akhir. Ia telah akhiri antara saya dengan skuad kebangsaan.

 

“Keputusan telah dibuat, saya rasa (kemenangan) yang sangat  diperlukan. Ia tidak menjadi. Saya rasa itu sahaja. Apa yang saya rasakan sekarang ialah kesedihan,” jelasnya kepada siaran televisyen Argentina selepas perlawanan akhir itu.

 

Messi setakat ini belum mengubah pendiriannya dan keputusan itu juga dipercayai dibuat berikutan kemarahan pemain berkenaan terhadap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA).

 

Menurut Fox Sport, rakan Messi dalam skuad Argentina menaruh harapan bahawa pemain berkenaan akan mengubah keputusan berkenaan.

 

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero berkata, dia tidak menyangka Messi akan membuat pengumuman berkenaan kerana kekalahan itu bukan berpunca daripada dirinya sahaja.

 

Jelasnya, pengumuman itu mungkin dibuat ketika Messi berada dalam situasi terlalu sedih tanpa berfikir panjang. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...