loading...

Kos Kajian Terowong Dasar Laut RM305 Juta, PCM Lapor SPRM

GEORGETOWN – Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembinaan terowong dasar laut.

 

Laporan itu diserahkan oleh Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini, tengah hari tadi.

 

Cheng Guan berkata, pihaknya mengemukakan beberapa perkara penting mengenai perincian pembayaran bagi tiga kajian pelaksanaan projek mega itu yang didakwa mengandungi unsur mencurigakan.

 

“Pengakuan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Awam negeri, Lim Hock Seng mengenai kos keseluruhan RM305 juta yang diperuntukkan bagi kajian projek terowong dasar laut itu bertentangan dengan garis panduan dalam Akta Kejuruteraan 1967.

 

“Jumlah itu adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding yang sudah ditetapkan akta berkenaan,” katanya.

 

Rabu lalu, Hock Seng, mendedahkan kos RM305 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama itu tidak termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA).

 

Sebaliknya sebanyak RM96.2 juta diperuntukkan bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Reka Bentuk Terperinci bagi projek terowong dasar laut, manakala kos RM208.6 juta bagi dua kajian sama untuk pembinaan tiga jalan utama.

 

Pada 9 Mei lalu, Hock Seng bagaimanapun menjelaskan kos RM305 juta itu diperuntukkan bagi Kajian Kebolehlaksanaan, Reka Bentuk Terperinci dan DEIA bagi pembinaan terowong dasar laut dan tiga laluan utama itu. – BH

Previous
Next Post »
loading...