loading...

Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard

Baru-baru ini penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow ada mendedahkan bahawa beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke salah sebuah universiti antarabangsa, Harvard. Joe menerusi perkongsian di akaun instagram beliau turut meluahkan rasa gembiranya setibanya beliau disana.

BACA: Malique Ucap Tahniah Kepada Joe Flizzow, Nafi Punyai Akaun Media Sosial

Joe pada masa yang sama merasa teruja kerana berpeluang menyambung pengajian di salah sebuah universiti terkenal dunia, di samping berpeluang untuk belajar bersama pelajar terbaik disana. Dikhabarkan beliau disana untuk mengikuti kursus pendek didalam pengajian muzik.

Rata-rata peminat turut gembira dengan berita yang disampaikan oleh Joe. Ramai juga yang mengucapkan tahniah buat dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh beliau. Di akaun instagram Joe juga dapat dilihat beberapa gambar ketika beliau mengikuti kelas.

Walau apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada Joe Flizzow yang berpeluang menimba ilmu pengetahuan disalah sebuah universiti terbaik dunia. Dan semoga segala pembelajaran ketika disana serta perangcangan yang ditetapkan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. (rkty/w)

1- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg 2- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg 3- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg 4- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg 5- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg 6- Joe Flizzow Sambung Belajar Di Universiti Harvard - jpeg
Previous
Next Post »
loading...