loading...

Video: Wanita Mengamuk Gara-Gara Tak Dapat Jadi ‘Dealer’

SHAH ALAM – Gara-gara tidak dapat menjadi ‘dealer’ untuk sebuah syarikat pakaian menyusu yng dikenali sebagai Feedmilk Boutique, seorang wanita telah mengamuk di butik pakaian tersebut.

 

Video insiden tersebut telah dirakam oleh salah seorang pelanggan kedai tersebut dan jelas menunjukkan wanita tersebut melepaskan kemarahan dengan merosakkan beberapa barang di butik terbabit seperti komputer, pintu dan pakaian.

 

Menurut satu muat naik status butik tersebut di Facebook, wanita terbabit mengamuk gara-gara tidak dapat menjadi dealer kerana senarai untuk menjadi pengedar pakaian butik tersebut telah penuh.

 

” terpaksa di postkan, supaya perkara ni tak berlaku lagi, benda ni berlaku sebenarnya tempoh hari masa hari pengambilan dealer, salah faham berlaku dan ada seorang akak ni datang dari johor, tak dapat jadi dealer,sebab dah Fully booked,”katanya dalam status tersebut.

 

Dalam insiden tersebut, tiada sebarang kecederaan berlaku dan kes ini masih dalam siasatan.

 

Dalam pada itu, video yang berdurasi 18 saat ini telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka memuat naik komen yang menarik.

 

“tu la. petunjuk dah tu kenapa dia tak sempat daftar jadi dealer. Kalau dia jadi dealer kena pulak marah dengan customer, mau dia maki balik customer tu. Adab mana kak kalau ye pon nak sangat jadi dealer, fikir la barang tu bukan kita punya. owner punya,” kata Ahmad Najmi.

 

” Allah nak tunjuk yang manusia tu tak layak jadik dealer … Bayangkan kalau manusia tu jadik dealer,” ujar Izzuddin Bin Khalidi.

 

“Ganasnya..akak tu dah kahwin ke..kalau dah kawin saya simpati dengan laki dia dapat Bini cmtu,” tulis Diyana Nordin. -SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...