loading...

Video : MT Belum Putuskan Untuk Gugurkan Mukhriz, Muhyiddin

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno masih belum memutuskan untuk menggugurkan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kedudukan bekas Menteri Besar Kedah dan Timbalan Perdana Menteri itu yang dikhabarkan bakal digugurkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi bermula jam 3 petang tadi.

 

 

“Kita masih belum berbincang mengenai perkara itu,”katanya.

 

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai kejayaan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini akan memberikan momentum dan harapan kepada kerajaan dalam usaha menjamin kejayaan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan serentak pada 5 Mei ini.

 

Laporan menyusul.

Previous
Next Post »
loading...