loading...

Video: Balu Allahyarham, Dipilih Calon BN Kuala Kangsar

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR-  Balu Allahyarham Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, 55, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 5 Jun depan.

 

Pemilihan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu atas dasar semangat dan kerjasama akar umbi yang diberikan dan selok belok yang diketahui di kawasan itu.

 

“Kami membuat pilihan dan memilih calon yang profesional, bukan sahaja profesional malah mempunyai ijazah kedua dan mempunyai hubungkait yang baik dengan kepimpinan bahagian,”katanya dihadapan sekurang-kurangnya 2,000 penyokong BN di Bilik Gerakan BN PRK P067 Kuala Kangsar di Safari Resort di sini, sebentar tadi.

 

Turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon BN, Pengarah Pilihan Raya BN PRK 067 Kuala Kangsar merangkap Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun; serta pemimpin parti komponen lain.-SuaraTV

 

Video menyusul.

Previous
Next Post »
loading...