loading...

PAS Calonkan Rani Untuk Beri Kemenangan Pada BN, Kata Suhaizan

PETALING JAYA – Setiausaha Organisasi AMANAH Suhaizan Kayat mendakwa strategi PAS meletakkan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman sebagai calon di Sungai Besar adalah untuk memberi kemenangan kepada BN.

 

Katanya, meletakkan Rani sebagai calon PAS juga menunjukkan kerjasama tersirat dengan UMNO.

 

“Strategi BN letak (ADUN Sungai Besar) Budiman Mohd Zuhdi adalah untuk dapatkan sokongan Melayu.

 

“Strategi PAS letakkan Rani untuk tarik sokongan Cina yang tidak diperoleh BN. Bukan untuk memenangkan PAS,” katanya menerusi status di Facebooknya.

 

Katanya, jika PAS ingin melawan BN, parti Islam itu sepatutnya meletakkan ADUN Sabak Sallehin Mukhyi yang mampu menarik undi Melayu daripada Budiman.

 

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

 

Pada PRU13, allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M. Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

 

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi kaum lain. – FMT

Previous
Next Post »
loading...