loading...

Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini?

Selepas beberapa kali pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah bertunang, kali ini menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, sekali lagi persoalan yang sama timbul apabila sekeping gambar chef selebriti terkenal bersama ibu Amyra dimuat naik berserta kepsyen yang cukup misteri.

BACA: Amar Baharin Nafi Sudah Bertunang Dengan Amyra Rosli

“Baru-baru ini tengah layan Facebook, Cik Pang terperasan satu entri foto dimuat naik chef selebriti Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku. Dalam entri itu, dia semacam bagi klu satu projek rahsia bersama ibu Amyra. Ramai tahu Pak Engku sering menjadi pilihan golongan VIP dan selebriti untuk majlis perkahwinan mereka.

“Kali ini ada projek rahsia bersama ibu Amyra dan dalam gambar itu seperti mereka membuat persiapan memilih lokasi untuk majlis perkahwinan. Kalau bersama empunya Kuzie Catering, tapi siapa yang akan berkahwin? Apabila ditanya dengan Pak Engku, awal-awal lagi minta maaf tidak boleh buka mulut kerana menjaga amanah orang.

“Tapi dari sumber yang Cik Pang cukup yakin mengatakan satu majlis perkahwinan bakal berlangsung November ini. Apabila ditanya lebih lanjut, katanya biar empunya diri yang akan memaklumkannya dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan Julai nanti,” tulis Cik Pang di ruangan Harian Metro itu.

Walau apapun, didalam hal sebegini lebih baik empunya badan sendiri yang menjawab sejauh mana kebenaran cerita ini. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan pasangan sepadan ini mendirikan rumah tangga, jika benar berita ini diharap semoga segala perancangan yang dirangcang akan dipermudahkan olehNya. (rkty/w)

2- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg 3- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg 4- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg 5- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg 6- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg 7- Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? - jpeg
Previous
Next Post »
loading...