loading...

32 Kereta Bawa Rangka Mayat Warga Australia

MELAKA – Upacara menurunkan bendera Australia menandakan proses ekskavasi dan identifikasi 32 rangka warga negara itu di Kem Terendak, Sungai Udang, dekat sini menerusi Ops Reunites, berakhir secara rasmi.

 

Proses berkenaan dilaksanakan hasil kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertahanan Australia sebagai membalas budi negara itu membantu Malaysia dalam operasi pencarian pesawat MH370.

 

Sebanyak 32 kereta mayat disediakan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, membawa 32 keranda secara konvoi ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk upacara penuh istiadat, esok.

 

Yang hadir memberi penghormatan, termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Angela Macdonald dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

 

Selain itu, Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah dan Ketua Penyelidik Muzium Tentera Darat, Kapten Muhammad Zuraiman Abdul Ghani.

 

Rangka berkenaan milik 24 tentera Australia dan lapan ahli keluarga mereka yang mati ketika konfrontasi, darurat dan peperangan antara 1964 hingga 1968 selain penjawat awam yang bekerja di negara ini.

 

Semua rangka itu sebelum ini dikebumikan di Perkuburan Perang Commonwealth (CWG) di kem terbabit pada awal tahun 60-an. – BH

Previous
Next Post »
loading...