loading...

Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat

Penyanyi rap, Waris menyifatkan mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan olehnya apabila perkahwinan itu sendiri banyak merubah personalitinya. Beliau juga akui mendukung peranan sebagai seorang suami membuatkan dirinya menjadi lebih matang.

BACA: Bakal Jadi Bapa, Waris Kongsi Berita Gembira Di Instagram

“Mungkin ada benarnya. Kerakter dan perangai saya banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga. Selain lebih bersabar berhadapan situasi, saya juga lebih matang berbanding ketika awal kemunculan dulu. Kalau tahu saya akan berubah, sudah lama saya berkawhin”

“Sukar untuk menukar persepsi itu kerana dilemparkan pihak luar, bukan mereka yang ada disekeliling saya. Namun lama kelamaan salah faham yang timbul seakan pudar kerana hubungan dengan pihak media semakin baik. Biasalah seperti kawan baru, kita perlu ambil masa untuk mengenali satu sama lain,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini Waris pernah didakwa semakin besar kepala, malah beliau juga dikatakan kurang berdisplin apabila menolak pelawaan untuk penggambaran fotografi. Selain itu, ada juga desas-desus mengatakan bahawa beliau turut sukar memberikan kerjasama untuk sesi temu bual bersama media tempatan.

Walau apa pun, baguslah jika Waris betul-betul sudah berubah menjadi seorang yang lebih matang. Tidak lama lagi pun, beliau bakal menimang cahaya mata pertama. Semoga kehadiran bayi itu akan menjadikan Waris seorang suami serta bapa yang baik. Bak kata orang buang yang keruh, ambil yang jernih. (rkty/w)

2- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg 3- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg 4- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg 5- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg 6- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg 7- Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat - jpeg
Previous
Next Post »
loading...