loading...

Video: Azmin Tidak Yakin PKR Menang Besar Di Sarawak

Oleh: Zulkifi Mat Rawi

 

 

KUCHING – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata pihaknya tidak yakin Pakatan Harapan (PH) mampu meraih kemenangan besar di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak pada kali ini.

 

Beliau ketika ditanya mengenai calon ketua menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajan negeri mengakui bukan mudah untuk menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Bumi Kenyalang.

 

 

“Saya tidak mahu terlalu yakin kerana saya telah sebut tadi secara ikhlas bukan mudah untuk kita membentuk sebuah kerajaan di negeri Sarawak kerana kita perlu berterus terang dengan pengundi.

 

“Tetapi keperluan untuk sekurang-kurangnya menundukkan majoriti dua pertiga di negeri Sarawak supaya ada timbal balas bagi kepentingan rakyat di negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui sejurus selepas menyampaikan ceramah di DUN Tarat malam tadi.

 

Terdahulu Menteri Besar Selangor itu berkata para pengundi di Sarawak telah mula yakin dengan calon yang ditonjolkan oleh PKR sambil menyifatkan ia sebagai satu perkembangan yang baharu.

 

“Pengundi yakin dengan calon-calon yang ditonjolkan oleh PKR untuk membawa suara mereka di dalam DUN Sarawak dan ini merupakan satu perkembangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi nampaknya tadi ketika saya berada di (kawasan) Sipitang, Simunjang, Batu Kitang dan Tarat, sambutan (pengundi) cukup baik dari pelbagai kaum dan latar belakang agama.

 

“Saya berharap momentum seperti ini akan terus kekal sehingga hari pembuangan undi pada 7 Mei yang akan datang,” katanya pula.

 

Hala tuju dan masa depan rakyat di negeri ini akan ditentukan oleh keputusan PRN-11 Sarawak pada 7 Mei ini. – SuaraTV
Previous
Next Post »
loading...