loading...

Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini

Pelakon cantik, Ummi Nazeera akui buat masa ini tumpuan utamanya hanyalah didalam bidang kerjayanya, dan tidak kepada soal menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana individu. Beliau mengulas lanjut apabila ditanyakan mengenai gosip diantara beliau dan Zizan Razak

BACA: Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” jawabnya ringkas kepada portal Media Hiburan apabila ditanyakan soalan mengenai kisah cinta beliau.

Sebelum ini, Ummi pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak. Namun begitu, kedua-dua pihak telah menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubungan mereka berdua hanyalah sebagai kawan rapat sahaja tanpa melibatkan perasaan istimewa.

Bagaimanapun Ummi tidak menafikan bahawa beliau selesa berkawan dengan Zizan kerana sikapnya yang mudah mesra. Malah ketika gosip itu hangat diperkatakan juga, Zizan ada memberikannya nasihat agar tidak mudah melatah dan lebih berhati-hati dimasa akan datang. (rkty/w)

1- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg 2- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg 3- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg 4- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg 5- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg 7- Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini - jpeg
Previous
Next Post »
loading...