loading...

Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Rebecca Nur Islam kerana telah selamat melahirkan seorang lagi bayi comel lelaki semalam di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur secara pembedahan. Bagaimanapun keadaan bagi kedua-dua ibu dan bayi tersebut adalah baik.

BACA: Fesyen Teletubbies Bertudung Rabecca Nur Al Islam Dapat Perhatian Peminat

Screen Shot 2016-05-01 at 11.32.52 AM

Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang memiliki hadiah terindah pada hari kelahirannya dengan melahirkan seorang anak lelaki yang sihat seberat 3.79 kilogram. Namun begitu, Rebecca masih belum mendedahkan nama bayi itu.

Sebelum ini Rebecca pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengimpikan anak kembar untuk kelahiran kali ini kerana ketiga-tiga anak terdahulu juga dilahirkan secara pembedahan. Jadi mungkin kelahiran keempat ini menjadi kelahiran terakhir buatnya dan suami.

Malah katanya lagi, beliau tidak kisah mempunyai anak ramai ini kerana selain dari tiga anaknya, dua lagi anak tiri beliau turut tinggal bersama. Baginya lebih ramai anak lebih meriah rumah dibuatnya. Nanti bila tua pun pasti ramai yang akan bergilir-gilir menjaga mereka.

Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan Rebecca Nur Islam dan Datuk Nor Azam Sulaiman. Semoga kelahiran anak keempat ini dapat membahagiakan dan menceriakan lagi rumah tangga. (rkty/w)

1- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg 2- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg 3- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg 4- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg 5- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg 6- Rebecca Nur Islam Selamat Lahirkan Anak Keempat - jpeg
Previous
Next Post »
loading...