loading...

Lelaki Dipulau Lepas Peluk Islam Dapat Perhatian Noh Hujan, Isteri

KUALA LUMPUR — Cabaran buat saudara baru, Harinder Pal Singh apabila beliau kini dibuang kerja dan dipulaukan rakan-rakan selepas memeluk Islam semasa menghadiri ceramah pendakwah Dr Zakir Naik baru-baru ini.

 

Bekas pelayan bar warganegara India itu bagaimanapun tidak kecewa atau terkilan dengan mana-mana pihak sebaliknya menganggap ia ujian untuk menguatkan lagi keimanannya terhadap Islam.

 

“Selepas kontrak kerja sebagai pelayan bar di hotel tidak disambung, saya hilang punca pendapatan RM2,000 tetapi mujur ada rakan beragama Islam yang sanggup membantu sediakan tempat tinggal bersama keluarganya.

 

“Selepas memeluk Islam, rakan serumah tidak lagi jawab panggilan telefon tetapi saya tidak sedikit pun marah malah mendoakan hidayah buat mereka,” katanya dilapor akhbar Harian Metro, semalam.

 

Pemuda berusia 23 tahun itu juga bersyukur rakan dan keluarga kandung di India serta keluarga angkat di sini banyak membantunya mendalami Islam selain menghadiri kuliah agama di masjid setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.

 

Kisah Harinder dilaporkan mendapat perhatian penyanyi Noh Hujan yang menawarkannya bekerja di restoran miliknya dan isteri, Mizz Nina, Laksa Sarawak di Ampang dan tempat tinggal.

 

Harinder, atau nama Islamnya Joharry Abdullah, yang kini menumpang di rumah keluarga rakannya yang beragama Islam di Ampang, menghargai tawaran Noh.

 

“Saya sedia bekerja sekiranya ada kemudahan pengangkutan awam untuk ke restoran beliau kerana saya tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak dan tidak mahu menyusahkan sesiapa apabila bekerja nanti,” katanya.

 

Lulusan diploma perhotelan itu pada 14 April lalu memeluk Islam dalam program siri jelajah Dr Zakir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini. – MalayMail

Previous
Next Post »
loading...