loading...

Video: Majlis Perkahwinan Mewah Anak Saudagar Minyak Kazakhstan, Viral

Mungkin sebelum ini tidak ramai mengenali pelajar cantik berasal dari Kazakhstan ini, Khadija Uzhakhovs.

 

Namun, saat ini nama gadis berusia 20 tahun ini meniti di bibir bukan saja kalangan masyarakat negaranya malah seluruh dunia apabila dia digelar pengantin paling mewah sekaligus majlis hari bahagianya bersama suami, Said Gutseriev, 28, digelar ‘Wedding of The Year’.

 

Laporan media antarabangsa menyebut, majlis pernikahan pasangan itu menelan belanja USD 1 juta (kira-kira RM3.9 juta). Bahkan, majlis pernikahan yang menggabungkan konsep Eropa dan Kazakhstan itu juga turut mengundang bintang-bintang terkenal seperti Sting, Enrique Iglesias dan Jennifer Lopez.

 

 

Selain majlis yang cukup gah, Khadija juga mencuri tumpuan apabila tampil dengan mengenakan busana ala ratu. Gaun tersebut bernilai USD 25,0000 (kira-kira RM99,000).

 

Tidak hanya itu saja, pernikahan yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Moscow ini juga dilengkapi dengan dekorasi mewah yang bertabur ribuan bunga segar. Ditambahan dengan gadis pengiring pasangan mempelai serta pihak pengantin lelaki istimewa dengan menaiki kenderaan mewah jenis Rolls-Royces milik hartawan tersebut dengan nilai dengan nilai keseluruhan lebih RM2.5 juta.

 

Khadija juga dihadiahkan satu set perhiasan berlian yang digayakannya pada acara yang menyaksikan kehadiran tetamu seramai 600 orang itu.

 

Sementara hidangan pula, para tamu turut dihidangkan dengan menu masakan Eropah dan Sushi serta kek setinggi lapan tingkat

 

Gadis yang merupakan seorang penuntut jurusan kedoktoran gigi, Universiti Moscow ini mengaku sangat bahagia apabial dapat mengakhiri hubungan cintanya ke jinjang pelamin bersama jejaka yang juga merupakan anak konglomerat Kazakhstan yang tinggal di Rusia.

 

Namun sayangnya selepas bernikah, Khadija terpaksa berpisah dengan suaminya yang harus pulang dan menyelesaikan pengajian peringkat MBA di Amerika Syarikat.

Previous
Next Post »
loading...