loading...

Tun Mahathir Umum Letak Jawatan Pengerusi Proton

SHAH ALAM – Selepas dipecat sebagai penasihat Petronas pada 11 Mac lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings.
Click Here

 

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan dari pejabatnya, surat peletakan jawatan tersebut sebenarnya dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Rabu.

 

Isu pengunduran Mahathir sudah lama diperkatakan selepas syarikat automotif berkenaan terpaksa memanggil balik hampir 100,000 unit pelbagai model jenamanya pertengahan Februari lalu akibat masalah komponen.

 

Proton sebelum itu turut dikritik rakyat Malaysia kerana bertindak menaikkan harga jualan kenderaanya selepas Tahun Baharu Cina lalu ketika saingannya, Perodua mengekalkan harga susulan kestabilan mata wang ringgit.

 

Proton ditubuhkan pada 1983 hasil idea Mahathir bermula dengan model Saga sejak 1985 namun kini bukan lagi bertaraf syarikat berkaitan kerajaan Malaysia setelah diambil alih oleh konglomerat tempatan DRB-Hicom.

 

“Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), sebuah institusi pengajian tinggi milik syarikat petroleum kebangsaan itu; dan ia juga berkuat kuasa pada 30 Mac 2016.

 

“Keputusan peletakan jawatannya itu telah disampaikan terus kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim,” jelas kenyataan tersebut yang dihantar kepada pihak media tempatan pada Khamis.

 

Selain itu, Mahathir juga mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Kedah dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA) di Pahang.

 

“Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah dimaklumkan secara rasmi mengenai peletakan jawatan berkenaan,” kata kenyataan tersebut lagi.

Previous
Next Post »
loading...