loading...

Teater Ombak Rindu Gabung 3 Siri Novel, Bakal Selit Babak Rogol

KUALA LUMPUR – Tentunya peminat setia novel Ombak Rindu menantikan pementasan naskah itu dalam versi teater di Istana Budaya (IB).

 

Teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan mulai 22 April hingga 1 Mei depan ini akan menggabungkan ketiga-tiga novel daripada siri berkenaan dalam sebuah cerita.

 

Karya popular hasil tulisan Fauziah Ashari itu bagaimanapun ternyata mempunyai perbezaan dengan versi filem arahan Osman Ali, lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz.

 

Menurut Penerbit CTRA Production, Siti Rohaya Attan berkata, watak Izzah yang bakal diperankan Uqasha Senrose sangat berat berbanding filem.

 

Menurutnya, teater tersebut akan menggunakan dua watak Izzah yang berbeza, mengikut susunan novel tersebut dimana turut munculkan watak Suri.

 

Sebelum ini, pelakon Maya Karin disunting untuk menjayakan watak Izzah dan Suri, namun Maya hanya bersetuju untuk berlakon sekiranya pelakon lelakinya adalah Aaron Aziz. Kebetulan, Aaron menolak undangan menjayakannya kerana masih belum bersedia untuk membawakan semula watak Hariz.

 

Watak Hariz dalam versi teater ini akan dilakonkan oleh Keith Foo. Antara pelakon lain yang terbabit dalam teater hasil skrip tulisan Rosminah Mohd Tahir itu ialah Zarina Zainoordin, Karl Shafek, Izzue Islam, Zaidi Omar, Aris Lufias dan Ameer (Forteen).

 

Sehubungan itu, watak yang diperan oleh Uqasha itu turut mengenakan hijab sepanjang melakonkan teater tersebut.

 

Menurut Siti Rohaya atau lebih mesra dipanggil Kak Roy berkata, babak rogol juga terdapat dalam pementasan itu nanti.

 

Sementara itu, pelakon Uqasha Senrose yang ditemui SuaraTV sejurus selepas sidang media mengakui agak gemuruh kerana memegang dua watak tersebut, namun dia mencabar dirinya untuk membintangi teater tersebut.

 

“Apa yang saya paling saya takut adalah monolog, tetapi latihan ini akan memberikan semangat saya lagi untuk terus mencuba dan buat yang terbaik buat semua,”katanya.

 

Menurut Uqasha walaupun bertudung, namun dia menyahut cabaran tersebut dan akan berhijab sepanjang pementasan tersebut.

 

Ditanya adakah dia bersedia menyahut cabaran babak dirogol, dia percaya akan memberikan kelainan dalam persembahannya nanti.

 

“Semasa babak itu saya tetap akan bertudung dan mengenakan pakaian mengikut warna kulit.

 

“Saya akan memberikan kelainan dalam watak yang saya persembahkan nanti,”katanya.

 

Sedia terima kritikan, Uqasha mengharapkan peminat menilai sendiri hasil daripada watak yang bakal dipentaskannya.

 

“Saya akui ramai yang akan pertikaikan saya disebabkan reputasi saya sebelum ini. Tetapi ia saya anggap ia sebagai motivasi diri dan saya harap peminat akan membuat penilaian berdasarkan watak yang saya jayakan dalam pementasan ini,”akhirinya yang mengharapkan sokongan daripada peminatnya.-SuaraTV

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...