loading...

Tahap Keselamatan Di ESSZONE Kini Selamat – Najib

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa status keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah selamat dan terkawal ketika ini.

 

Jelas Ahli Parlimen Pekan ini lagi, semua agensi yang terlibat (ATM, PDRM, APMM dan Pihak Berkuasa Awam) sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan ancaman walaupun sering mendapat maklumat tentang cubaaan- cubaan penculikan.

 

Menurut Najib, ESSCOM sentiasa bertekad mahu menyifarkan sebarang pencerobohan dan penculikan daripada berlaku, namun demikian ancaman Kidnap For Ransom (KFR) ini masih boleh berlaku sekiranya kita kurang berwaspada.

 

“Semenjak insiden penculikan terakhir pada 14 Mei 2015, ESSCOM mampu menyekat cuba cubaan ini dengan prasarana dan kemampuan semasa. Sehubungan ini pelbagai inisiatif dalam mengukuhkan keselamatan ESSZONE telah dan sedang diambil termasuk mengukuhkan pos-pos keselamatan di pulau-pulau yang ada resort dengan peningkatan trup dan kelengkapan, meningkatkan kehadiran vesel sepanjang perairan ESSZONE kepada purata 85 vesel sehari daripada 39 vesel sehari sebelum ini.

 

“Mengoptimumkan penggunaan teknologi pengawasan Unmanned Aerial Vehicle (UAV), pesawat dan radar dalam melengkapi konsep pengoperasian maritime, meningkatkan operasi penguatkuasaan di laut dan di darat setiap hari di kawasan/laluan berisiko tinggi; dan peningkatan pengumpulan maklumat baik secara domestik dan merentas sempadan serta engagement (sentiasa berhubung) dengan komuniti melalui program Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) dan ESSCOM bersama Masyarakat,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi.

 

Raime meminta Perdana Menteri menyatakan tahap keselamatan termasuk prasarana anggota keselamatan bagi seluruh ESSZONE walaupun tiga tahun sudah berlalu sejak peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

 

Najib dalam pada itu berkata, semua inisiatif ini adalah dinamik di mana perancangan dan pelaksanaan kawalan penugasan operasi sentiasa ke semasa disemaksuai dari semasa ke semasa.

 

“Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Keselamatan yang beroperasi di ESSZONE beroperasi dari prasarana agensi masing-masing. Namun demikian, sepanjang tiga
tahun ini ESSCOM telah membaik pulih atau menaik taraf 35 pos-pos Pasukan Keselamatan di sepanjang ESSZONE.

 

“Disamping itu ESSCOM sedang dalam pembinaan prasarana bagi penempatan dua buah battalion 1 battalion Pasukan Gerakan AM [PGA] dan 1 battalion Tentera Darat ITDM serta Pangkalan Maritim Semporna sebagai projek RMK 10/11,” katanya.

 

Kerajaan juga jelasnya sangat prihatin dengan keperluan untuk mengingkatkan kelengkapan operasi agensi-agensi keselamatan di kawasan ESSZONE.

 

Sehubungan itu, kerajaan telah memberikan peruntukan bagi meningkatkan keupayaan sistem radar pengawasan serta perolehan 92 buah bot pelbagai jenis bagi melengkapkan kelompongan yang wujud di sepanjang ESSZONE.

 

Katanya lagi dalam perihal pengurus operasi di ESSZONE, ESSCOM juga Fasa 2 telah membangunkan EDDCOM Fusion Centre dan FAsa 2 dan 3 menyusul dalam RMK 11.

 

“Prasarana semasa walaupun serba kekurangan tetapi tidak menjejaskan operasi namun penambahbaikan yang sedang disusuli mampu meningkatkan keberkesanan
operasi di ESSZONE,” katanya.

Previous
Next Post »
loading...