loading...

SPR Adakan Mesyuarat, Bincang Tarikh PRN Sarawak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

 

Katanya mesyuarat itu akan diadakan selepas SPR menerima notis pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Yang Dipertua DUN Sarawak bagi menentukan tarikh penamaan calon, hari undi awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang digunakan.

 

“SPR hendaklah mengadakan pilihan raya tersebut dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohd Hashim berkata maklumat lanjut mengenai urusan PRN Sarawak itu akan dibuat dari semasa ke semasa.

 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, hari ini mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan 11 April ini dan tarikh berkenaan sudah dipersetujui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

 

Adenan berkata, surat pembubaran DUN akan diserahkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, kepada SPR.

Previous
Next Post »
loading...