loading...

Speaker Hantar Surat Bubar DUN Sarawak Kepada SPR

PETRA JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, mengesahkan sudah menghantar surat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi tadi.

 

Katanya, surat pembubaran yang semalam ditandatangani Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, itu adalah bertepatan dengan Perlembagaan Sarawak Artikel 21 (2) yang memberi kuasa mutlak kepada Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN.

 

“Kami berpandangan tarikh pembubaran DUN pada 11 April mempunyai signifikannya tersendiri kerana angka 11 melambangkan 11 kerusi DUN baru di negeri ini, selain angka berkenaan juga mewakili edisi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

 

“Bukan itu sahaja, malah pilihan raya di Sarawak adalah pilihan raya yang kedua terbesar di negara ini selepas Pilihan Raya Umum kerana membabitkan 82 kerusi DUN,” katanya selepas mempengerusikan sidang media di Kompleks DUN Sarawak, di sini sebentar tadi.

 

Mohammad Asfia berkata, kini tumpuan rakyat di negara ini akan menjurus kepada Sarawak kerana ia akan menjadi momentum menuju kepada Pilihan Raya Umum yang dijangka diadakan pada 2018.

Previous
Next Post »
loading...