loading...

Seri Dengan Macau, Empat Sebab Penyokong ‘Bengang’ Dengan Harimau Malaysia

BIARPUN tidak tewas dalam perlawanan persahabatan dengan Macau di Stadium Hang Jebat semalam, namun ia tetap dinilai sebagai kekalahan besar buat skuad bola sepak kebangsaan.

 

Selepas tewas 0-2 kepada Arab Saudi beberapa hari lepas, sekaligus menyaksikan peluang Malaysia memberi saingan ke Piala Dunia 2018 tertutup rapat, ada beberapa sebab mengapa penyokong kecewa apabila Harimau Malaysia seolah-olah hilang taring walaupun beraksi di tempat sendiri.

 

1. Ranking

 

Malaysia sepatutnya tidak ada sebab untuk seri, jika melihat kepada ranking pasukan lawan. Macau berada di kedudukan 195, dan merupakan negara Asia kedua paling rendah dalam senarai ranking Konfederasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), iaitu hanya 7 poin di atas Mongolia.

 

Malaysia pula, biarpun bukan kuasa besar dalam bola sepak, berada di kedudukan 166.

 

2. Profesional VS Semi-pro

 

Antara komen di laman Facebook HarimauMalaya.

 

Percaya atau tidak, majoriti pemain Macau yang berada di atas padang semalam adalah pemain di tahap amatur sahaja. Ini kerana kebanyakan daripada mereka punya kerjaya tetap seperti guru, kerani dan penjawat awam.

 

Harimau Malaysia pula dibarisi pemain bola sepak profesional, dengan gaji mencecah puluhan ribu ringgit.

 

3. Taktikal

 

Ramai yang kecewa kerana biarpun Malaysia menguasai lebih 70% perlawanan, malah mencipta banyak peluang untuk menghasilkan jaringan, tetapi masih gagal membolosi gawang Macau.

 

Sekaligus, taktikal jurulatih Datuk Ong Kim Swee dipersoal penyokong. Mereka berpendapat, perlu adanya pertukaran idea dan taktikal, selain kreativiti pemain, bagi memecah kebuntuan.

 

4. Keputusan lain

 

Selain perlawanan antara Malaysia dan Macau, turut berlangsung malam tadi beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa. Paling mencuri perhatian adalah negara jiran Filipina, yang beraksi menentang Korea Utara.

 

Jika dilihat pada ranking FIFA, Filipina jauh ketinggalan, tetapi masih berjaya mengatasi Korea Utara apabila menang 3-2. Untuk rekod, Filipina di ranking 135, dan Korea Utara di ranking 94. – Awani

Previous
Next Post »
loading...