loading...

Keluarga Anwar Tidak Akan Mohon Perintah Parol – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon parol kerana percaya bahawa bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

 

Nurul Izzah Anwar berkata, keluarganya lebih memfokuskan untuk mendapatkan pengampunan berbanding parol kerana parol menunjukkan Anwar bersalah.

 

“Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan.

 

“Saya fikir dan sekarang ini lebih jelas dan menyedihkan kerana sudah banyak kali saya katakan tentang ini. Anwar, dilihat menjadi sebagai suatu indikator kepada banyak lagi kes.

 

“Bahkan, banyak lagi banduan yang bukan sahaja memerlukan perhatian dari segi perubatan, tetapi banyak lagi mereka yang ditahan atas nama undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau dan ahli keluarganya telah memohon Pengampunan Draja sekali lagi dan kini sedang menunggu keputusan.

 

“Kita dah hantar buat kali kedua tetapi kita turut mendesak kepada penjara dan kerajaan kerana masih tidak ada jawapan rasmi menolak permohonan tersebut,” katanya.

 

Isu parol timbul selepas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dibebaskan dari Penjara Kajang semalam, selepas mendapat parol.

 

Khir perlu menjalani baki hukuman penjara dua bulan di rumahnya tetapi perlu mematuhi 41 syarat parol antaranya tidak boleh bercakap kepada media dan tidak boleh menggunakan media sosial. – FMT

Previous
Next Post »
loading...