loading...

Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari terkejut apabila anak perempuannya, Lara Alana yang baru sahaja berusia setahun enam bulan, telah tercalon didalam kategori Personaliti Media Sosial Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29).

BACA: Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak

“Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah promosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi, kerana tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

“Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu. Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula.

“Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen,” jelasnya kepada Harian Metro.

Populariti Lana Alana yang mendadak sehingga mencapai followers seramai 1.6 juta di Instagram telah menjadikan beliau sebagai seorang selebriti. Namun bagi Awal, tiada sebab untuk beliau mendabik dada atau teruja dengan pencalonan itu kerana Lara masih sama seperti kanak-kanak yang lain. (rkty/w)

1-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg 3-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg 4-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg 6-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg 7-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg 5-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg
Previous
Next Post »
loading...