loading...

Aktivis Pondan Terima Anugerah ‘Keberanian’ Dari Kedutaan US

KUALA LUMPUR – Seorang transgender yang merupakan aktivis Yayasan Seed, Nisha Ayub telah memenangi anugerah ‘keberanian’ dari kedutaan Amerika Syarikat.

 

Dia merupakan transgender (pondan) pertama yang memenangi anugerah berprestij, dimana sebelum ini ia dimenangi bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

 

Nisha, 47, lantang bersuara bagi menuntut hak transgender Malaysia selepas dia mengalami sendiri mendakwa mengalami penderaan seksual oleh seorang warden dan banduan lain ketika menjalani hukuman penjara di penjara lelaki pada tahun 2005.

 

Beliau merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Justice For Sisters, yang membantu kes pembelaan dana untuk transgender di mahkamah Syariah.

 

Beliau turut mengetuai Yayasan Seed yang membantu transgender, pekerja seks dan pesakit HIV.

 

“Anugerah ini bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua transgender lain kerana ia menunjukkan bahawa kita diiktiraf dan diterima.

 

“Ia merupakan satu anugerah hak bersuara dan pengiktirafan bagi gender kita sebagai wanita,” kata Nisha yang menerima anugerah itu daripada Setiausaha Negara John Kerry di Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

 

Kerry memuji komitmen Nisha dalam melindungi transgender Malaysia. Beliau berkata, Nisha Ayub telah menjadi sasaran diskriminasi dan keganasan di Malaysia selama bertahun-tahun, walaupun dipenjarakan selama tiga bulan dan mengalami penderaan seksual serta penghinaan.

 

“Dia terus menghadapi pelbagai dugaan tetapi terus komited melakukan kerja-kerja beliau kerana dia tahu perkara yang betul untuk dilakukan,”puji Kerry dalam ucapannya.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...