loading...

Hentikan Polimik Politik- Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa agar sebarang polimik politik harus dihentikan kerana rakyat sudah muak terhadap situasi yang berlaku dalam dunia politik kini.

 

“Saya nyatakan disini bahawa semua polimik potik harus dihentikan kerana negara kita menghadapi cabaran dari segi ekonomi dan kita perlu bergerak sebagai satu pasukan bersatu padu menghadapi cabaran pada masa depan.

 

“Saya rasa rakyat dah muak dengan semua kritikan-kritikan yang tidak berasas berulang-ulang kritikan terhadap 1MDB dan sebagainya semua tidak akan mendatangkan hasil dan faedah kepada rakyat.” katanya ketika ditemui di Sekolah tinggi Persendirian Chong Hwa selepas merasmikan bangunan baru disini tadi.

 

Tambahnya lagi, Serangan terhadap Perdana Menteri Najib perlu dihentikan bagi memastikan segala perancangan beliau dalam membangunkan negara dapat dilaksanakan.

 

“Saya ingin menyeru rakyat sama-sama Perdana Menteri mengorak langkah dan kita perlu hentikan semua serangan terhadap Perdana Menteri yang tidak berasas.

 

“Kita perlu mempunyai satu pasukan kerajaan yang kuat dan kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang bergerak dengan baik berusaha dengan gigih bagi membangunkan negara dan kita perlu fokus dan tidak terganggu dalam polimik politik yang berterusan.” katanya.

 

Dalam Pada itu, Presiden MCA itu turut menegaskan bahawa beliau menyokong kepimpinan dan keputusan yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib terhadap pergantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tidak akan campur tangan dalam sebarang urusan UMNO.

 

“Kami MCA berpendirian tegas dan menyokong pimpinan Perdana Menteri untuk meneruskan perjuangan pembangunan negara dan kita berada dilandasan yang betul dalam tranformasi negara dan kita harap semua rakyat dapat menumpukan tenaga dalam isu pembangunan negara dan tidak diselewengkan dalam usaha untuk menyebabkan ketidak stabilan politik dinegara kita.

 

“Itu satu keputusan UMNO, dan sebagai salah satu parti dalam Barisan Nasional, kami hormati keputusan UMNO dan tidak akan campur tangan dalam hal ehwal UMNO tapi kita berdiri teguh dibawah Barisan Nasional dan bergerak sebagai satu pasukan yang kuat menghadapi cabaran masa depan.” katanya.

Previous
Next Post »
loading...