loading...

Dr Mahathir Keluar UMNO, So What?

Kuala Lumpur – Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO bukanlah satu kejutan kerana beliau telah melakukannya sebelum ini, menurut beberapa ahli UMNO.

 

“Jika kita lihat, ini bukan kali pertama Tun (Mahathir) keluar daripada UMNO, maka ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” kata Datuk Seri Dr Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri Pelajaran.

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia adalah hak Dr Mahathir untuk meninggalkan UMNO, tetapi perbuatan Tun tidak akan menjejaskan parti.

 

“Apabila dia mula-mula keluar daripada UMNO, parti terjejas dengan terukkah? Saya tak rasa begitu,” katanya.

 

Ahmad Bashah menambah, beberapa ahli UMNO berasa tidak berpuas hati dengan perbuatan bekas perdana menteri itu, tetapi menteri besar tersebut tidak beranggapan tindakan Tun Mahathir akan merosakkan parti UMNO ataupun UMNO Kedah secara spesifik.

 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan Dr Mahathir adalah antara salah satu strategi politik beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Ini adalah taktik Tun Mahathir untuk melumpuhkan UMNO selepas usahanya untuk mempengaruhi Ahli Parlimen dan pemimpin-pemimpin lain dari bahagian parti itu untuk menentang Najib gagal,” tambah Annuar Musa.

 

Sementara, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, Dr Mahathir telah mengambil langkah yang tepat untuk berhenti.

 

“Jika Dr Mahathir mahu menyerang UMNO, maka dia perlu berbuat demikian dari luar UMNO. Ini mungkin yang terbaik, kerana apabila hubungan seseorang individu dengan parti atau pemimpin parti itu tidak lagi dapat dipertahankan, maka sia-sia sahaja untuk seseorang itu untuk berada dalam parti,” katanya dalam entri blognya.

 

Manakala, menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, syarat yang dikemukakan oleh Dr Mahathir bahawa beliau hanya akan menyertai semula UMNO jika Najib meletakkan jawatan Presiden adalah satu permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh UMNO.

 

“Dr Mahathir telah cuba untuk menggulingkan Najib, tetapi dia gagal. Jadi, peninggalannya dari UMNO adalah satu tanda kekecewaan dirinya terhadap parti, ” katanya.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata UMNO akan terus bersatu walaupun peletakan jawatan itu.

Previous
Next Post »
loading...