loading...

Anak Orang Kaya ‘Menunjuk’ Di Instagram

Tak cukup dengan laman sosial sedia ada seperti Facebook dan laman mikro Twitter, golongan anak-anak orang kaya di London menggunakan laman foto Instagram untuk menunjukkan kekayaan.

 

Foto-foto di akaun @richkidslondon atau ‘rich kids in London’ menunjukkan pelajar kembali ke universiti menggunakan kereta sport bersalut emas, menaiki jet peribadi dan sebagainya.

 

Salah satu foto menunjukkan seorang lelaki mengelap kasut kulit mengunakan wang kertas kerana ‘disentuh pengemis’.

 

Selain daripada menunjukkan kekayaan sendiri, terdapat foto yang menunjukkan orang ramai dengan kapsyen memalukan seperti ‘pengemis beratus untuk masuk kedai’, ‘pengemis tak perlu cuba bergaya’ dan sebagainya.

 

Kertas tisu di dalam kotak tisu pula digantikan dengan wang kertas, menunjukkan anak orang kaya menggunakan wang untuk mengelap hingus.

 

Walaupun @richkidslondon baru wujud selama beberapa minggu, ia berjaya mengumpul lebih 42,000 pengikut dalam tempoh yang sangat singkat.

 

Sebelum ini, akaun lain yang popular dengan tujuan sama adalah ‘rich kids of instagram’ yang mengumpulkan foto-foto orang muda kaya diserata dunia.

Previous
Next Post »
loading...