loading...

AMANAH Akan Terus Hasut Rakyat – Mat Sabu

Kuala Lumpur – “Kami akan terus menghasut rakyat dalam Barisan Nasional secara konsisten dan bersungguh-sungguhi,”kata Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu pada sidang media di wisma Amanah, di sini, pagi tadi.

 

Mat Sabu berkata, menerusi pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau akan terus mengadakan kerjasama berterusan bersama Tun Mahathir dalam merealisasikan perjuangan pakatan pembangkang selama ini.

 

Katanya, pihaknya kini akan menimbulkan kesedaran kepada rakyat menerusi kerjasama tersebut.

 

“Kami akan mengadakan kerjasama berterusan bersama Tun Mahathir dengan mengadakan protes, himpunan dan sebagainya bersama pakatan harapan untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat,”katanya.

 

Ditanya, apakah beliau akan jemput Tun Mahathir untuk sama-sama dalam pakatan pembangkang katanya masih belum ada perbincangan ke arah itu.

 

“Itu kena tanya Tun Mahathir,”katanya.

 

Apabila ditanya mengenai adakah ahli Umno akan mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan bekas perdana menteri itu, beliau berkata, sebahagiannya berada dalam dilema. Dan sebahagian besar akan meninggalkan Umno. – SuaraTV

 

 

 

Laporan lanjut menyusul

Previous
Next Post »
loading...