loading...

4 Hari Ditayangkan, Filem Munafik Raih RM2.3 Juta

Baru sahaja empat hari memulakan tayangan, filem seram arahan Syamsul Yusof, Munafik berjaya mencatat kutipan RM2.3 juta malah dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif bukan sahaja dari penonton dan juga pengkritik filem.

BACA: Syamsul Yusof Nazar Tunaikan Haji Selepas Dapat Zuriat

“Tidak dinafikan, promosi dari mulut ke mulut antara faktor filem ini menjadi tarikan kepada penggemar karya genre seram. Boleh dikatakan, hampir semua penonton memberikan maklum balas positif terhadap garapan terbaharu Syamsul ini”

“Saya juga tidak menjangka, filem ini berjaya di Brunei dan Singapura. Peminat di sana menyukai elemen Islamik yang diterapkan dalam naskhah berkenaan. Lebih-lebih lagi Munafik terpelihara dari segi aurat yang tidak menyajikan adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita,” memetik kenyataanya kepada BH Online.

Filem yang berunsurkan keagamaan ini menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri dan kini ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura. (rtky/s)

Previous
Next Post »
loading...