loading...

Video: Para Pegawai ‘Lari’ Tinggalkan Mukhriz?

Alor Setar – Para penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyelar sikap tidak setia yang ditunjukkan oleh para pegawai Menteri Besar itu kerana dikatakan telah mula menghilangkan diri ekoran krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

 

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, ada telah ‘melarikan’ sehingga sukar untuk dihubungi malah ada yang telah untuk pulang ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Mukhriz keseorangan untuk berdepan isu yang melanda kepimpinnya.

 

“Ramai yang dah hilang dan ada yang dah lari meninggalkan Menteri Besar itu kerana tidak yakin dengan survival politik Mukhriz.

 

“Paling menyedihkan ada yang dah mula mencari majikan baru di Kuala Lumpur” kata sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar itu.

 

Menurut sumber itu juga, paling menyedihkan apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Azimi Daim turut tidak kelihatan di majlis-majlis yang di hadiri Mukhriz.

 

“Mana para pegawai MB, mana Setpol yang sepatutnya menjaga kepentingan politik Mukhriz malah dalam beberapa siri himpunan menyokong Mukhriz yang diadakan baru-baru ini (merujuk kepada himpunan yang diadakan di Sungai Petani, Ayer Hitam, Pokok Sena dan Langkawi) satu pun pun tak nampak batang hidung semua pakat hilang.

 

“Sedangkan sebagai pegawai MB (menteri besar) mereka sepatutnya hadir di barisan paling hadapan untuk mempertahankan boss mereka atau setidak-tidaknya menunjukkan tanda sokongan untuk menyakinkan masyarakat.

 

“Ini tak, masa dapat jawatan bukan main lagi, tapi bila ada sedikit masalah mereka (pegawai) jadi orang pertama yang pakat hilang dan lari” ujarnya lagi dengan nada marah.

 

SuaraTV bagaimanapun gagal untuk menghubungi pejabat Menteri Besar itu untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan tersebut.

 

Sementara itu Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif ketika menyampaikan ucapan menyokong Mukhriz baru-baru ini turut membangkitkan kisah kesetiaan yang ditunjukkan oleh para pegawai bekas menteri besar, Datuk Seri Syed Syed Zain yang ketika itu turut berdepan dengan krisis politik dalaman.

 

“Datuk Seri Syed Razak tidak mahu letak jawatan dalam keadaan memaksa, kerana (setiap) manusia lebih-lebih lagi seorang pemimpin mempunyai maruah yang cukup tinggi.

 

“Sakit macam mana pun, kena strok (tapi) kawan-kawan dan para pegawai (Syed Razak) tetap berdiri teguh. Sorang pun tak lari  (malah) sanggup membawa beliau untuk tunjuk pada orang ramai dia masih mampu menjadi seorang menteri besar. Itu baru nama pegawai” katanya ketika berucap di Kg Sanglang, Ayer Hitam Selasa lalu.

 

 

Terdahulu Veteran UMNO Kubang Pasu, Abdul Manaf Kecik turut menyifatkan kemelut politik yang melanda Kedah pada ketika ini disebabkan oleh kesilapan Muhriz memilih penasihat dan para pegawai yang bekerja untuknya.

 

Abdul Manaf ketika ditanya turut menyelar para pegawai Mukhriz kerana sering terlepas cakap perkara yang tidak sepatutnya.

 

“Setiausaha Politik dia, Datuk Azimi Daim (pernah) kata selagi Mukhriz Menteri Besar selagi itu kita akan ambil apa yang ada.

 

“Itu dia kata masa sambut Datuk Seri Zahid (Hamid) di lapangan terbang masa datang buat lawatan di negeri Kedah, macam itukah seorang setiuasaha politik cakap?

 

 

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media bagi menggesa Mukhriz berundur daripada jawatannya selepas majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...