loading...

Video: Mukhriz Enggan Ulas Dakwaan Istana Kedah ‘Murka’

ALor Setar – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kenyataan yang mendakwa pihak istana ‘murka’ dengan tindakan ketua-ketua Umno bahagian Kedah yang membuat sidang akhbar tergempar bagi menggesa Datuk Seri Mukhriz meletakkan jawatan.

 

Beliau ketika ditanya sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim berkata, pihaknya tidak boleh bercakap bagi pihak istana.

 

“Itu kena tanya dengan pihak istana (sebab) saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.

 

“Saya hanya dimaklumkan (mengenai perkara tersebut) tapi saya tidak mahu bercakap bagi pihak istana” ujarnya sebentar tadi.

 

Terdahulu Mukhriz melalui satu kenyataan berkata Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan tindakan kumpulan ‘pemberontak’ yang mendesak beliau berundur dari jawatan Menteri Besar.

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Previous
Next Post »
loading...