loading...

TPPA, Malaysia Belum Bersedia

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum bersedia mengaplikasikan TPPA kerana tiada sebarang bentuk persediaan yang dilakukan oleh kerajaan kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

 

“kita di pihak PPIM secara dasarnya tidaklah menyokong kerana belum tiba masanya kerana kita belum sedia melihat kerana melihat persediaan, nak meniaga dinegara sendiri pun dah susah, inikan pul berniaga di negara orang.” katanya ketika ditemui ketika OPS BAH 20 malam tadi.

 

Katanya lagi, Penerapan TPPA seperti meminta orang kampung untuk bertanding di sukan Olimpik kerana ia seperti membuli mereka.

 

“Ia seperti orang kampung yang diminta untuk bertanding di peringkat olimpik, dan atlet olimpik bertanding di peringkat kampung, ini tidak adil, sebab dapat dekat dia sahaja.”ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, orang Melayu tampak lebih tidak bersedia menghadapi TPPA berbanding kaum lain.

 

“Orang melayu terutamanya tidak bersedia untuk menghadapi TPPA, kecuali kita dah ready, baru boleh, tapi kita dah bagi peluang kepada orang dalam keadaan kita belum cukup bersedia.”

 

Langkah dalam memperkasakan pengguna amat penting dalam menghadapi TPPA dimasa hadapan.

 

“Kita tidak ada pilihan, kita perlu memperkasakan pengguna, TPPA nak buat apa pon apa kita boleh kuat, itu tindakan kerajaan dan mereka mungkin tertekan dan mereka telah diasak.

 
“Ini kalau kita nak selamat, kita perlu perkasakan pengguna kerana kita tidak ada pilihan dan kita tidak dapat melindungi keluarga kita kerana ia merupakan pasaran terbuka.” katanya.

Previous
Next Post »
loading...