loading...

Tembelang Sudah Pecah

PETALING JAYA: Tembelang sudah pecah apabila gambar yang telah menang untuk satu pertandingan yang dianjurkan oleh Nikon merupakan satu gambar yang telah di edit.

 

Peserta yang masa mengunakan nama Yu Wei didakwa menggunakan gambar di tangga dan sebuah kapal terbang telah melalui dikawasan tersebut dan beliau berjaya menangkap imej tersebut namun imej kapal terbang itu sebenarnya telah ditambah dalam proses editing.

 

Disebabkan penipuan ini, pelbagai  imej sindiran telah dimuat naik seperti mengantikan imej gambar kapal terbang tersebut dengan gambar Darth Vader, James Bond dan Satelit.

 

Penipuan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati pengguna laman media dan beberapa komen telah dimuat naik.

 

Antara komen menarik yang telah dimuat naik ialah dari John Hryniuk dengan menyatakan Yu Wei sekali lagi telah memuat naik gambar yang sama tetapi pada kali ini berjaya menangkap gambar kapal terbang yang lebih banyak.

 

“Anda patut lihat gambar terbaru Yu Wei. Dia berjaya menangkap gamabar 10 kapal terbang yang baru berlepas serentak dengan sempurna” katanya dalam komen beliau.

 

Richardson Lau turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu dari Nikon yang menguruskan pemilihan gambar ini.

 

” Saya bertaruh yang lelaki bodoh di Nikon yang menguruskan ini sama ada jurugambar atau pengguna Photoshop, Ambil kamera dan mula ambil gambar la.” ujar beliau.

 

Benjamin Gerard Jose Byrne juga meluahkan rasa kecewa terhadap pihak Nikon yang tidak melihat perkara ini secara terperinci.

 

“Wow Nikon, sangat mengecewakan, jangan hanya memandang gambaran yang besar sahaja, tapi harus melihat perkara-perkara yang kecil juga kerana sejak bila kapal terbang boleh terbang rendah di Chinatown.” katanya.

 

Previous
Next Post »
loading...