loading...

Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan juga penyampai radio iaitu Shahrol Shiro yang bakal menamatkan zaman dudanya bersama dengan seorang ahli perniagaan pada bulan Mac hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Johor Bharu.

BACA: Shahrol Shiro Tamat Zaman Duda Tahun Hadapan

“Insya-Allah majlis itu akan diadakan Mac ini, namun saya akan beritahu tarikh sebenarnya secara eksklusif menerusi radio Era FM dalam masa terdekat. Ia akan diadakan secara sederhana yang bakal dihadiri keluarga terdekat”

“Di kesempatan itu juga saya akan menjemput peminat-peminat saya di sana yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini,” ujarnya kepada mStar Online selain menjelaskan dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan termasuk menghadiri kursus kahwin.

Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun dan dia dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia lapan tahun hasil perkahwinan pertama tersebut. (rtky/s)

7- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA 6- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA 5- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA 4- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA 3- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA 2- Shahrol Shiro Akhiri Zaman Duda Mac Ini - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...