loading...

Poster Mukhriz ‘Ghaib’ Di Alor Setar

Alor Setar – Poster yang dipasang sekitar bandar Alor Setar bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ‘ghaib’ lewat malam tadi.

 

Tinjauan yang dilakukan SuaraTV di sekitar jalan-jalan utama mendapati, beberapa poster yang dipasang sebelum ini telah diturunkan oleh pihak-pihak tertentu.

 

Poster-poster tersebut dikatakan telah dipasang oleh para penyokong Mukhriz bagi menyatakan sokongan terhadap beliau ekoran krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

 

“Saya tak pasti siapa yang turunkan, sehingga jam 10.00 malam tadi poster tersebut masih ada, namun lewat malam tadi banyak poster telah diturunkan.

 

“Ada yang kata poster tersebut diturunkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar kerana dipasang tanpa permit yang sah” ujar salah seorang peniaga yang ditemui.

 

Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah telah pun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyatakan persetujuan menolak kepimpinan Mukhriz.

 

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media bagi menggesa Mukhriz berundur daripada jawatannya selepas majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...