loading...

Mukhriz dan Permainan Politiknya

Kemelut politik yang melanda Kedah semakin meruncing berikutan tindakan Mukhriz yang gigih untuk mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

 

Tindakannya kini seperti begitu terdesak sehingga sanggup menyuruh ADUN dan EXCO memohon maaf kepada istana berikutan provokasi ‘kumpulan pemberontak’ yang ingin menjatuhkan beliau.

 

Ia seperti benteng terakhir beliau untuk mempertahankan jawatannya kerana pihak istana tidak meminta sebarang permohonan maaf dari mana-mana pihak.

 

Beliau sendiri yang memandai-mandai meminta pihak yang melakukan provokasi terhadapnya untuk meminta maaf kepada pihak istana.

 

Pihak istana sendiri berkata mereka berada di kedudukan yang lebih tinggi dan tidak campur tangan dalam pertikaian politik yang cuba dimainkan oleh Mukhriz.

 

Tindakannya itu seperti menjerat lehernya sendiri kerana kekusutan yang diwujudkan  olehnya menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya.

 

Jawatan Mukhriz kian samar berikutan ADUN akan melakukan pertemuan dengan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan ini mengukuhkan dakwaan bahawa jawatan Mukhriz kian terlepas dari genggamannya.

 

Pertemuan ini akan menyaksikan setiap adun akan menghadap Ahli-ahli jemaah pemangku Sultan seorang demi seorang dan ini memperlihatkan pihak istana mengamalkan sikap keterbukaan.

 

Sikap Mukhriz yang ingin mengusutkan lagi keadaan adalah sangat tidak rasional dan beliau telah hilang kredibiliti dan kepercayaan dalam mentadbir negeri tersebut.

 

Nasib Mukhriz mungkin akan ditentukan esok sekiranya majoriti ADUN bersetuju dan mendapat perkenan dari Ahli-ahli Pemangku Sultan Kedah untuk menukar Menteri Besar yang baru.

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...