loading...

Muhyiddin Tidak Bantah Cadangan Ganti Mukhriz

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang membincangkan isu penggantian jawatan Menteri Besar Kedah yang disandang Datuk Mukhriz Tun Mahathir petang semalam berjalan lancar tanpa bantahan.

 

Memetik laporan portal MyKMU.Net, sepanjang mesyuarat berlangsung Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan menggantikan Mukhriz meskipun kedua-duanya berada dalam satu kumpulan yang sama.

 

“Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri,” lapor portal tersebut yang memetik kenyataan seorang anggota MT.

 

Muhyiddin sebelum ini di awal kemelut politik Kedah muncul minggu lalu tampil mempertahankan Mukhriz yang disifatkannya wajar diberi peluang untuk terus memimpin UMNO Kedah dan kerajaan negeri.

 

Portal tersebut turut mendedahkan seorang lagi sekutu Mukhriz, iaitu Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat penting yang membincangkan untung rugi nasib anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

 

“Sementara itu, tindakan Muhyiddin dan Shafie ini boleh dilihat sebagai satu perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan kedudukan Najib Razak dan melemahkan kem Mahathir Mohamad.

 

“Namun terdapat maklumat bahawa Muhyidddin akur kerana beliau sendiri mengetahui masalah dalam pentadbiran negeri Kedah dan UMNO Kedah di bawah Mukhriz,” lapor portal itu lagi.

 

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dari anggota MT yang sama mengesahkan Mukhriz tidak dijemput hadir ke mesyuarat tersebut kerana salah satu agenda yang dibincangkan adalah berkenaan kedudukan Mukhriz. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...