loading...

Mahkamah Tuntut Bukti Adira AF Nikah Di Thailand

Menurut laporan BH Online, Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan 7 Mac ini untuk membuat pengesahan nikah di luar negara secara berpoligami antara penyanyi Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu.

BACA: Adira AF: Hidup Berkahwin Lebih Indah

Tarikh itu ditetapkan selepas penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Ada Kamu dan Adenan, 38, hadir pada sebutan kali pertama kes berkenaan di depan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hana Samsudin.

Pasangan yang diwakili Peguam Syarie, Irsamuddin Ikhsan itu memfailkan permohonan pengesahan nikah di luar negara secara berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 8 Januari lalu. Mereka bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu.

Sementara itu, memetik laporan mStar Online, suami Adira juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas perbicaraan selesai di kampung halaman isterinya di Kota Kinabalu, Sabah. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Berita Harian

Previous
Next Post »
loading...