loading...

Kronologi Krisis Kepimpinan Mukhriz Di Kedah

20 Januari – Sekumpulan 14 Ketua Bahagian Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengisytiharkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri seterusnya mereka menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

 

22 Januari – Najib mengadakan pertemuan bersama Ketua Umno Bahagian, Wakil Rakyat serta Exco Kedah di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi membincangkan penukaran Menteri Besar Kedah.

 

23 Januari – Najib dan Mukhriz bertemu di Langkawi. Sumber memberitahu Najib menawarkan jawatan diperingkat pusat sebagai pertukaran beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah namun Mukhriz menolaknya dan tetap berhasrat untuk terus kekal mentadbir Kedah.

 

24 Januari – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah menggerakkan usaha menyingkirkan Mukhriz dengan mengumpul tandatangan pengakuan bersumpah (SD). Seramai 19 Adun menandatangani pengakuan untuk tidak lagi menyokong Mukhriz sebagai Menteri Besar.

 

25 Januari – Mukhriz dan dua Exco yang menyokongnya mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri.

 

27 Januari – Najib mengadap Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang juga adalah Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan melantik Menteri Besar Kedah yang baru.

 

Mukhriz mengadakan mesyuarat Exco mingguan kerajaan negeri dengan kehadiran hanya tiga daripada sembilan Exco, menunjukkan tanda beliau tidak lagi memiliki sokongan untuk meneruskan pentadbiran negeri.

 

29 Januari – Najib mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi mendapatkan perkenan untuk menggantikan Mukhriz dan mengemukakan tiga nama calon MB yang baru.

 

Mukhriz hadir ke Mesyuarat MT UMNO di PWTC, bagaimanapun tidak sampai sejam beliau keluar dari mesyuarat selepas dimaklumkan statusnya sebagai anggota MT ‘turut hadir’ hanya boleh menyertai mesyuarat selepas mendapat jemputan rasmi sahaja.

 

31 Januari – Najib memanggil semua Adun ke kediamannya di Jalan Duta bagi mengumumkan mengenai kemelut politik di Kedah selesai dan menteri besar baharu akan diumumkan selepas semua Adun bertemu dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari ini (1 Februari).

Previous
Next Post »
loading...