loading...

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun Lagi Mulai Isnin

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam Ahad.

 

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz.

 

“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” jelasnya.

 

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

 

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60. – Bernama

Previous
Next Post »
loading...